Sensor terbesar pada telefon pintar pada ketika ini ialah 200MP yang digunakan pada peranti seperti Samsung Galaxy S24 Ultra. Tetapi ia adalah kerdil jika dibandingkan dengan Legacy Survey of Space and Time (LSST) yang kini memegang rekod sebagai kamera digital terbesar dunia kerana ia dilengkapi sensor sebesar 3.2 Gigapixel.

Pembinaan kamera ini akhirnya siap selepas pembinaannya dimulakan pada tahun 2020. Pada asalnya sensor sepatutnya sebesar 3.1 Gigapixel tetapi dipertingkatkan ke 3.2 Gigapixel menerusi penggunaan 201 sensor sebesar 16MP yang digabungkan. Lensa kamera yang dipadakan kepada LSST pula mempunyai diameter 1.5 meter. Ketiga-tiga lensa gergasi LSST dibina oleh Lawrence Livermore National Laboratory.

Dengan ia kini siap dibina, ia sedia diletakkan di balai cerap Vera C. Rubin yang juga siap dibina di Chile. Apabila beroperasi LSST akan mengambil gambar dedahan panjang selama 15 saat setiap 20 saat. Gambar yang diambil digunakan untuk mengkaji angkasa lepas dan memahami dengan lebih mendalam mengenai jirim gelap.