Carian
Pelancaran Realme GT Neo6 SE Dijadualkan Berlangsung Pada 11 April
April 8, 2024 Amy Maizuraa

Tarikh pelancaran rasmi untuk peranti baharu Realme GT Neo6 SE akhirnya didedahkan. Ia dijadualkan berlangsung di China pada 11 April akan datang, selain turut memperlihatkan reka bentuk peranti.

Panel berkilat dengan sistem dwi-kamera utama digunakan di belakang. Diikuti dengan LED Flash yang diletakkan secara bersebelahan, di samping penjenamaan 50MP yang menunjukkan peranti boleh menyokong sensor utama sebesar 50MP. Peranti juga hadir dalam kemasan perak yang berkilauan. Namun dijangka boleh ditawarkan dalam beberapa lagi warna sebagai pilihan.

Butiran mengenai spesifikasi amat terhad buat masa ini. Tetapi apa yang pasti peranti akan dijana dengan cip Snapdragon 7+ Gen 3 yang diumumkan baru-baru ini. eperti biasa sama-sama nantikan kemaskini lebih lanjut daripada Realme sendiriberhubung perkara ini.

Komen