Telefon dengan skrin boleh lipat bukan sahaja mampu membawa dimensi baharu kepada pengguna. Malahan turut mampu memberi pengalaman yang menarik.

Desas-desus mengenai Infinix mungkin melangkah ke segmen telefon boleh lipat mula timbul sejak akhir-akhir inii. Laporan memetik sumber menyebut peranti tersebut kelak mungkin dikenali sebagai Infinix Zero Flip. Ia dikatakan turut melepasi proses pensijilan ECC dengan nombor model X6962. Tetapi butiran spesifikasi masih kekal misteri memandangkan langsung tidak didedahkan oleh mana-mana pihak.

Meskipun begitu peranti ini dijangka boleh dipasarkan dalam julat harga yang berpatutan berbanding telefon boleh lipat secara umum. Di mana setara dengan yang dilakukan oleh jenama seperti Tecno dan Nubia yang mencabar status quo semasa dengan telefon boleh lipat mereka yang berpatutan.
Seterusnya masih terdapat beberapa hal yang patut dikompromi oleh pengguna, termasuklah dari segi kualiti kamera, prestasi pemproses, atau spesifikasi paparan. Infinix Zero Flip dijangka diperkenalkan pada tahun ini tanpa tarikh yang didedahkans secara khusus.