Carian
Xiaomi Pula Akan Melancarkan Fon Telinga Dengan Rekaan Seakan Anting-Anting
April 8, 2024 Amy Maizuraa

Fon telinga terbuka dengan rekaan seakan anting-anting dilihat semakin mendapat perhatian. Hal ini juga boleh dibuktikan lagi dengan kewujudan satu lagi produk baharu oleh Xiaomi.

Berdasarkan imej promosi rasmi yang diperlihatkan fon telinga ini hadir dengan pod simpanan merangkap pengecas berbentuk bujur dan nipis. Kemudian fon telinganya pula menggunakan rekaan unik yang nampak seperti anting-anting apabila digunakan di telinga. Diikuti juga dengan dua pilihan kemasan warna iaitu hitam dan putih.

Butiran spesifikasi masih kekal misteri memandangkan langsung tidak didedahkan buat masa ini. Namun Xiaomi menjanjikan pengalaman penggunaan yang selesa boleh dinikmati ekoran reka bentuknya yang ergonomik, mesra pengguna dan stabil dalam pelbagai senario. Fon telinga ini akan dilancarkan di China pada 10 April akan datang.

Komen