Carian
Realme Mengumumkan Siri P Baharu – Fokus Terhadap Segmen Pertengahan
April 8, 2024 Amy Maizuraa

Realme hari ini mengumumkan pelancaran siri baharu P dengan fokus terhadap segmen pertengahan. Ia disediakan khusus untuk pasaran India yang akan dijual secara eksklusif melalui Flipkart.

Dengan pengenalan siri P baharu ini, Realme berhasrat untuk meningkatkan kreativiti dan daya inovasi ke tahap yang belum pernah ditawarkan sebelum ini. Seterusnya mengubah pasaran peranti kelas pertengahan dengan menawarkan produk lebih premium yang sesuai dengan nilai pada harga.

Difahamkan bahawa pengguna huruf P yang digunakan mewakili perkataan ‘Power’ iaitu kuasa, sekaligus memberi gambaran peranti boleh menawarkan prestasi dan reka bentuk yang lebih baik dalam segmen pertengahan. Peranti pertama untuknya dijangka tiba sekitar bulan ini namun butiran spesifikasi masih kekal misteri.

Komen