Sony mempunyai perancangan untuk memperkenalkan produk baharu yang masih dirahsiakan namanya pada 12 April akan datang. Menerusi imej promosi rasmi yang dikongsi melalui Facebook itu, Sony memberi bayangan untuk memperkenalkan aksesori audio baharu yang merupakan sepasang fon kepala.

Menguatkan lagi spekulasi, Sony juga menggunakan tanda tagar #ForTheMusic yang jelas menunjukkan ada kaitannya dengan produk audio. Tidak kurang juga ada yang mengaitkannya dengan Sony WH-ULT900N yang pernah tertiris sejak bulan Mac lalu. Seperti biasa sama-sama nantikan perkongsian lebih lanjut daripada pihak Sony berhubung perkara ini.