Cari @ Amanz

Microsoft Menyasarkan Mengatasi Prestasi MacBook Air M3 Melalui Laptop Windows Baharu Berasaskan ARM

Oleh Aman

Link Copied!

Microsoft telah pun mula melakukan pelaburan dalam pembangunan komputer yang dikuasakan cip ARM, sekaligus membolehkan komputer riba mereka beroperasi dengan lebih efisien untuk tempoh masa yang lama – berbanding penggunaan cip Intel.

#image_title

Mengikut laporan terbaru, Microsoft menyasarkan untuk mengatasi prestasi MacBook Air M3 yang ditawarkan Apple, melalui penawaran komputer riba terbaru mereka. Komputer riba baharu kelak dijangka akan dikuasakan oleh cip Qualcomm Snapdragon X Elite.

Microsoft menyasarkan untuk memperkenalkan komputer riba baharu mereka kelak menjelang bulan Mei – dan mengikut perkongsian awal, Microsoft mungkin turut memperlihatkan demonstrasi perbandingan prestasi dengan MacBook Air M3.

Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan kejutan yang disediakan oleh Microsoft. Semestinya perkembangan ini akan menguntungkan para pengguna – sekaligus membolehkan mereka membuat pilihan yang lebih sesuai untuk penggunaan, tanpa kehilangan pada penawaran prestasi.


Komen ()