Elon Musk kini berkongsi sasaran, mengatakan kecerdasan buatan dijangka akan menjadi lebih pandai dan bijak berbanding manusia menjelang tahun hadapan, atau 2026.
Dengan perkembangan terbaru ini, Elon Musk menyasarkan tahap AGI (Artifical General Intelligence) dalam tempoh sekitar 2 tahun lagi. Pada hari ini, pelbagai syarikat memfokuskan pelaburan pada arena kecerdasan buatan ini, dan ia memperlihatkan perkembangan yang agak pantas berbanding pembangunan lain.
Pada hari ini sendiri, kecerdasan buatan sedia digunakan dalam membantu sejumlah tugasan, dan ia sedia disasarkan akan mengatasi beberapa pekerjaan dalam beberapa tahun. Mungkin dengan mencapai tahap AGI ini, peralihan berkenaan akan berlaku dengan lebih pantas lagi.
Menerajui arena kecerdasan buatan dari segi penggunaan adalah OpenAI dan juga Google melalui Gemini. Elon Musk sendiri tidak ketinggalan dan telah menubuhkan syarikat memfokuskan kecerdasan buatan, dinamakan xAI. Produk pertama dibawahnya dinamakan Grok kini ditawarkan secara terbina melalui platform sosial X.