Realme baru sahaja mengumumkan siri baharu P yang disediakan khusus untuk pasaran India. Ia juga memberi fokus pada segmen pertengahan yang dikatakan mampu mencipta sesuatu yang menarik berbanding sebelum ini. Seterusnya peranti pertama untuknya dijadualkan tiba pada bulan ini.

Rentetan daripada itu, Realme kini berkongsi lebih lanjut mengenainya berserta nama rasmi untuk produk yang dimaksudkan. Sebanyak dua peranti yang akan diumumkan dengan nama model P1 5G dan P1 Pro 5G. Jangkaan awal mendapati kedua-duanya berpotensi menampilkan aspek binaan yang sama. Namun masih mempunyai perbezaan untuk perkakasan dalaman.

Butiran yang didedahkan juga agak terhad buat masa ini. Namun apa yang pasti Realme P1 5G akan dilengkapi skrin AMOLED 120Hz dan cip MediaTek Dimensity 7050. Sementara itu Realme P1 Pro pula didatangkan skrin AMOLED 120Hz, cip Snapdragon 6 Gen 1, sistem pengecasan 45W dan fungsi Rainwater Smart Touch.
Kedua-dua peranti akan diumumkan secara rasmi di India pada 15 April yang sudah pastinya kesemua ciri turut didedahkan bersama. Nantikan.