Carian
Sony Music Mengambil-Alih Syarikat Penerbit Podsiar, Neon Hum Media
April 9, 2024 Aman

Sony Music kini mengumumkan akan mengambil-alih salah satu syarikat memfokuskan podsiar, iaitu Neon Hum Media. Untuk makluman, sekitar 5 tahun lepas, Sony Music sedia melakukan pelaburan pada syarikat berkenaan, dan kini mereka memilih untuk mengambil-alih ia sepenuhnya.

Dengan langkah pengambil-alihan ini, ia sekaligus memberikan Sony Music akses kepada sejumlah kandungan audio, dan akan terus melabur dalam membangunkan kandungan lain. Sejumlah kandungan podsiar baharu juga dijangka akan terus dibangunkan dibawah Sony Music.

Arena podsiar kini mula menerima fokus ramai, apatah lagi dengan Spotify yang turut melabur dalam arena sama, dan telah mengambil-alih beberapa syarikat penerbit podsiar. Di Malaysia sendiri, Keluar Sekejap dilihat ingin menerajui arena berkenaan, dan baru-baru ini telah mengambil-alih salah satu jenama podsiar tempatan dalam terus mempelbagaikan penawaran kandungan mereka.

Komen