Carian
Dyson CleanTrace Memastikan Lantai Lebih Bersih Dengan Bantuan Teknologi AR
April 9, 2024 Effi Saharudin

Apakah rutin sebelum Hari Raya kegemaran anda? Saya paling gemar membersihkan lantai menggunakan mesin penyedut hampagas kerana ia tugas paling mudah jika dibandingkan dengan memasak rendang atau membakar lemang. Untuk memudahkan lagi proses membersihkan lantai, mereka memperkenalkan sistem Dyson CleanTrace terbaru mereka.

CleanTrace menggunakan teknologi realiti terimbuh (AR) untuk memaparkan kawasan lantai yang belum dibersihkan oleh kepala mesin penyedut hampagas siri Dyson Gen5detect. Pemegang telefon boleh diletakkan pada tangkai Dyson Gen5detect dan sistem LiDAR telefon seperti iPhone akan digunakan untuk mengimbas permukaan lantai.

Kawasan yang telah dibersihkan kelihatan dalam warna ungu dalam aplikasi MyDyson. Sistem ini walau bagaimanapun hanya disokong oleh mesin penyedut hampagas Dyson Gen5detect sahaja. Pada waktu ini sistem Dyson CleanTrace belum lagi ditawarkan di Malaysia. Kami akan mengemaskini berita sejurus selepas harga rasmi diumumkan Dyson Malaysia.

Komen