Carian
Qualcomm Umumkan Modul WiFi IoT Dan Platform Robotik Baharu
April 9, 2024 Effi Saharudin

Tahun ini setiap bulan pasti ada produk baharu diumumkan oleh Qualcomm. Maka hari ini sempena acara Embedded World Exhibition & Conference di Jerman, mereka melancarkan pula modul WiFi dan platform robotik baharu untuk keperluan industri

Kita mulakan dengan Qualcomm QCC730 Wi-Fi untuk peranti berhubung (IoT) dengan kuasa mikro. Ia menyokong Wi-Fi 4 yang menjanjikan pengurangan penggunaan kuasa sehingga 88% berbanding generasi sebelum ini. Oleh itu ia bukan sahaja serasi digunakan oleh peranti perindustrian tetapi untuk pengguna serta komersial. Kerana penggunaan kuasanya yang rendah, QCC730 serasi digunakan pada peranti berhubung berkuasa bateri.

Qualcomm RB3 Gen 2

Sementara itu Qualcomm RB3 Gen 2 ialah platform robotik dalam bentuk perkakasan dan perisian lengkap untuk peranti IoT. Cip pemproses Qualcomm QCS6490 digunakan oleh RB3 Gen 2 untuk menawarkan prestasi tinggi terutamanya dalam kemampuan pemprosesan AI. Menurut Qualcomm pemprosesan AI pada peranti dengan platform ini meningkat sehingga 10x berbanding platform sebelum ini.

Ia turut boleh menyokong sehingga empat kamera dan Wi-Fi 6E. Platform serasi digunakan pada pelbagai jenis robot, dron, peranti industri, kamera berhubung, skrin pintar dan banyak lagi. Qualcomm AI Hub turut boleh digunakan bagi membolehkan pembangun peranti mengakses pelbagai model AI yang ditawarkan menerusinya bagi memenuhi keperluan projek. Integrasi ini akan mempercepatkan proses pembangunan kerana AI Hub akan menyasarkan model-model yang telah dioptimumkan untuk tugasan tertentu.

Komen