Carian
Maybank Memohon Maaf Atas Gangguan Perkhidmatan Tempoh Hari
April 9, 2024 Amy Maizuraa

Maybank hari ini mengeluarkan kenyataan maaf berhubung gangguan teknikal pada perkhidmatan utama yang berlaku tempoh hari. Melaluinya beberapa perkhidmatan utama seperti transaksi kad debit, pembayaran atas talian dan mesin ATM tidak dapat diakses pada 5 April yang lalu. Gangguan tersebut turut menghalang orang ramai daripada melakukan pembayaran dalam talian serta premis perniagaan buat sementara waktu.

Menyedari hal ini, pihak Maybank segera menyelesaikan masalah yang berlaku dan semua perkhidmatan yang terjejas telah pulih sepenuhnya pada hari yang sama. Maybank benar-benar memohon maaf kepada semua pelanggan atas kesulitan ketika masing-masing bersiap sedia untuk sambutan musim perayaan. Dalam masa sama turut berterima kasih di atas kesabaran mereka.

Komen