BNM Memandang Serius Gangguan Perkhidmatan Perbankan Baru-Baru Ini Oleh Dua Bank Besar
Aman
Bank Negara Malaysia kini mengeluarkan kenyataan, mengatakan mereka memandang serius berkenaan gangguan perkhidmatan perbankan oleh dua institusi perbankan terbesar baru-baru ini.
Seperti ramai sedia maklum, pada minggu ini, Maybank dan juga CIMB mengalami masalah untuk diakses pengguna untuk beberapa jam, sekaligus menyukarkan pelbagai urusan. Apatah lagi ia berlaku ketika musim perayaan utama .
Bank Negara Malaysia mengatakan telah meminta bank ini untuk memberi penjelasan berkenaan punca insiden gangguan berkenaan, selain langkah pembetulan dan pecegahan yang dilaksanakan masalah sama berulang.
Pada masa yang sama, BNM meminta bank untuk sentiasa memastikan tahap ketersediaan yang kukuh setiap masa. Bank Negara Malaysia turut menambah mengatakan akan pertimbangkan tindakan penyeliaan atas bank yang tidak memenuhi kehendak pengawalan dan penyeliaan BNM.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.