Google kini memperkenalkan cip pemprosesan yang dibangunkan mereka sendiri berasaskan binaan ARM, dinamakan Axion. Cip ini ditujukan untuk pengguna perusahaan melalui pusat data.

Google mengatakan ia menawarkan prestasi lebih 30% berbanding sebarang pesaing lain yang turut menggunakan binaan berasaskan ARM untuk cip mereka. Pada hari ini, terdapat beberapa pesaing Google yang lain dalam arena ini, termasuk yang utama adalah Amazon AWS.
Selain prestasi lebih baik, ia juga menawarkan penjimatan tenaga lebih baik – dengan anggaran penggunaan tenaga efisien mencapai 60% berbanding x86.
Buat masa ini, Google masih belum mengumumkan berkenaan harga, tarikh penawaran, mahupun sejumlah data teknikal berkaitan dengannya.