Carian
BlackBerry Bekerjasama Dengan AMD Untuk Platform Robotik
April 10, 2024 Aman

BlackBerry kini mengumumkan kerjasama dengan pengeluar cip terkemuka AMD, dalam membangunkan sebuah platform yang akan memudahkan pembangunan robotik untuk industri.

Selain untuk kegunaan industri, platform robotik berkenaan juga disasarkan akan turut meliputi industri kesihatan. Seperti ramai sedia maklum, BlackBerry sedia popular dengan sistem operasi atau platform ONX mereka, dan platform robotik baharu ini dijangka akan menggunakannya.

Arena robotik sedia mendapat perhatian ramai kebelakangan ini – selari dengan peningkatan penggunaan kecerdasan buatan. Malah, beberapa syarikat telah mula melihat kepada penggunaan robotik dalam mengurangkan kos operasi.

BlackBerry sendiri pada hari ini terkenal dengan penawaran sekuriti siber mereka, dan juga pelesenan sejumlah perisian. Dengan langkah menceburi arena robotik ini, ia dijangka akan memberikan lebih peluang penjanaan pendapatan oleh BlackBerry.

Komen