Carian
Streamlabs Kini Menyokong Penstriman Langsung Ke TikTok Live
April 10, 2024 Aman

Streamlabs hari ini mengumumkan integrasi TikTok Live pada platform mereka, sekaligus akan memudahkan para pengguna untuk strim kandungan secara langsung ke TikTok Live, terus dari komputer.

Dengan langkah integrasi ini, ia dijangka akan meningkatkan lagi kadar perkongsian penstriman langsung melibatkan permainan pada TikTok Live. Sebelum ini, pengguna agak sukar untuk strim kandungan permainan video ke TikTok Live, tetapi dengan penawaran integrasi Streamlabs, ia dipermudahkan lagi.

Integrasi Streamlabs ini juga membolehkan pengguna memilih untuk strim sesuatu kandungan secara menegak atau melintang – mengikut platform yang mereka inginkan, seperti TikTok Live, YouTube, Twitch dan lain-lain.

Sebelum ini, TikTok pernah memperlihatkan penawaran TikTok Live Studio untuk pengguna Windows. Namun, ia masih belum ditawarkan secara meluas kepada semua.

Komen