Carian
Proton Mengambil-Alih Standard Notes – Perkhidmatan Catatan Nota Dengan Fokus Terhadap Privasi
April 10, 2024 Aman

Proton merupakan salah satu jenama yang memfokuskan kepada privasi, dan menawarkan beberapa perkhidmatan dibawah mereka, seperti Proton Mail, Proton VPN dan juga Proton Drive. Terbaru, mereka mengumumkan pengambil-alihan Standard Notes, sekaligus menambah aplikasi catatan nota dibawah portfolio produk mereka.

Standard Notes menawarkan sokongan penyulitan penuh, dan ditawarkan pada beberapa platform, termasuk desktop, dan aplikasi mudah-alih. Ia telah ditawarkan sejak 2017 yang lepas, dan mempunyai sekitar 300,000 pengguna aktif di seluruh dunia.

Walaupun diambil-alih oleh Proton, Standard Notes akan kekal beroperasi secara kendiri, dan ditawarkan dalam bentuk sumber terbuka. Proton menyasarkan untuk mengintegrasikan Standard Notes dibawah ekosistem dalam masa akan datang.

Bagi anda yang berminat, boleh mencuba Standard Notes secara percuma hari ini, dan menggunakannya dalam menyimpan dan mencatatkan pelbagai jenis nota.

Komen