Redmi Turbo 3 telah dilancarkan di China sebagai peranti pertama di bawah keluarga Turbo. Ia adalah peranti yang menyasarkan kemampuan permua yang tinggi dan ciri kawalan nirsentuh. Turbo 3 hadir dengan skrin 6.67″ AMOLED 1.5K 120Hz yang menyokong paparan Dolby Vision.

Skrin ini dipadankan pula dengan pemproses Snapdragon 8s Gen 3, memori sehingga 16GB RAM, storan sehingga 1TB dan bateri 5000 mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W. Sistem kamera utama di belakang terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP dengan OIS dan lensa ultra sudut lebar 8MP. Sementara itu di hadapan sensor 20MP digunakan.

Kamera hadapan tidak dilengkapi sensor 3D ToF tetapi peranti masih boleh dikawal menggunakan gestur tangan secara nirsentuh. Antara yang boleh dilakukan ialah menatal skrin, menjawab panggilan telefon dan berinteraksi dengan skrin. Peranti ini juga melepasi piawaian IP64.

Ciri lain yang disertakan adalah sistem AI, pengimbas cap jari bawah skrin, speaker stereo, pemancar IR dan penggunaan sistem operasi HyperOS berasaskan Android 14.
Harga jualan Redmi Turbo 3 ialah
- Redmi Turbo 3 (12/256GB) – RMB 1999 (~RM 1313)
- Redmi Turbo 3 (12/512GB) – RMB 2299 (~RM 1509)
- Redmi Turbo 3 (16/512GB) – RMB 2499 (~RM1641)
- Redmi Turbo 3 (16/1000GB) – RMB 2799 (~RM1838)