Carian
Aplikasi Bread Ingin Memudahkan Anda Menyimpan Dan Merujuk Pelbagai Pautan Web
April 10, 2024 Aman

Pada hari ini, terdapat beberapa aplikasi yang menawarkan kemudahan untuk menyimpan pautan web untuk rujukan akan datang, seperti Pocket dan sebagainya. Menyertainya, salah satu aplikasi yang dibangunkan tempatan adalah Bread.

Aplikasi Bread memfokuskan kepada kemudahan untuk seseorang berkongsi pautan yang dibaca mereka, atau disimpan untuk dibaca pada kemudian masa. Salah satu kelainan atau ciri tambahan yang dibawakan adalah kebolehan untuk mengikut pengguna atau rakan lain – sekaligus turut mengikuti apa yang dibaca seseorang.

Buat masa ini, Bread masih pada versi ujian awal, dan memfokuskan pada perkongsian pautan web sahaja. Namun, mengikut perancangan, Bread juga dijangka akan menambah sokongan untuk perkongsian buku yang dibaca, podsiar yang didengar, dan juga video yang ditonton.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Bread ini di Android dan iPhone hari ini, dan menggunakannya dalam menyimpan pelbagai pautan untuk dibaca.

Komen