Carian
Ciri Eksklusif Google Photos Kini Tidak Lagi Memerlukan Langganan Google One
April 11, 2024 Effi Saharudin

Ciri Magic Editor, Photo Unblur dan Magic Eraser adalah tiga yang hanya boleh diakses pelanggan Google One menerusi aplikasi Google Photos. Dengan ciri-ciri ini sebarang kesilapan pada gambar yang diambil boleh dipadam atau dibaiki secara automatik oleh pengguna. Bermula 15 Mei depan, kesemua ciri ini boleh diakses percuma oleh semua pengguna Google Photos.

Magic Eraser boleh memadam elemen dalam gambar dengan hanya satu sentuhan. Pilih objek seperti orang lain di latar belakang dan ia akan dipadamkan dalam masa beberapa saat. Seterusnya Photo Unblur menajamkan gambar kabur yang diambil tanpa difokus terlebih dahulu. Magic Editor pula membolehkan suntingan dilakukan dengan bantuan AI.

Sungguhpun begitu pengguna percuma hanya dibenarkan menyimpan 10 gambar yang disunting menggunakan Magic Editor setiap bulan. Untuk lebih banyak simpanan, langganan Google One masih lagi diperlukan.

Komen