Vietnam Arahkan Netflix Berhenti Menawarkan Permainan
Aman
Pihak berkuasa Vietnam kini mengarahkan Netflix untuk berhenti mengiklankan dan menawarkan permainan dibawah Netflix Games di negara tersebut. Hal ini adalah kerana Netflix tidak mempunyai lesen untuk perkhidmatan permainan di negara tersebut.
Seperti ramai sedia maklum, Netflix merupakan perkhidmatan penstriman video. Selain itu, baru-baru ini mereka turut memperluaskan penawaran meliputi Netflix Games, sekaligus menjadikan platform mereka lebih interaktif, dan membuatkan pengguna menggunakannya untuk tempoh yang lama.
Vietnam mengarahkan Netflix berhenti menawarkan permainan sebelum 25 April 2024 kelak, dan langkah seterusnya akan diambil sekiranya Netflix tidak mematuhi arahan berkenaan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.