Carian
Huawei FreeBuds Lipstick 2 Dilancarkan Dengan Sokongan LDAC
April 12, 2024 Effi Saharudin

Huawei FreeBuds Lipstick 2 telah dilancarkan serentak dengan MateBook X Pro 2024 semalam. TWS terbaru ini hadir dalam bekas simpanan merangkap pengecas yang kelihatan seperti sebatang gincu. Model tahun ini dipertingkatkan dengan tali yang membuatkan bekas ini nampak seperti sebuah beg tangan kecil.

Putik telinga dilengkapi pembesar suara 11mm dengan terdapat pad sesentuh pada bahagian sisi. Sokongan audio resolusi tinggi dilakukan menerusi codec L2HC dan LDAC. Setiap putik boleh beroperasi sehingga 5 jam tanda ANC dan 3.5 jam dengan ANC. Dengan bantuan pod pengecas, pemilik boleh menikmati audio sehingga 20 jam sekali caj.

Ia juga boleh ditambat kepada beberapa peranti secara serentak di bawah ekosistem HarmonyOS. Tiada isu untuk ia digunakan ketika bersenam kerana putik audio melepasi piawaian kalis peluh IP54. Di China Huawei FreeBuds Lipstick 2 dijual pada harga RMB 1699 (~RM 1120) sepasang.

Komen