Carian
Google Akan Menamatkan Penawaran Google One VPN Pada Tahun Ini
April 12, 2024 Aman

Google kini memaklumkan para pengguna dan pelanggan Google One, yang mana mereka akan menghentikan penawaran Google One VPN kelak pada tahun ini. Buat masa ini, tiada tarikh pasti diberikan, selain hanya menyatakan sokongan berkenaan akan ditamatkan pada tahun ini.

Google One VPN merupakan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan Google One, dalam usaha memberikan lebih privasi ketika melayari web. Namun, ia dilihat ciri berkenaan tidak begitu popular dan tidak digunakan ramai untuk membuatkan Google mengekalkannya.

Namun, Google mengatakan untuk pengguna Pixel, ciri Pixel VPN akan terus boleh digunakan seperti biasa tanpa sebarang perubahan untuk pengguna Pixel 7 dan terkini.

Komen