OpenAI kini mengumumkan penawaran kemaskini model terbaru GPT-4 Turbo untuk semua pelanggan ChatGPT Plus, yang mana turut hadir bersama-sama sejumlah penambah-baikkan yang lain.
Kemaskini baharu ini menyertakan kebolehan yang lebih baik dari segi penulisan, pengiraan kaedah matematik, bakat pengaturcaraan, dan juga penerangan yang lebih baik berbanding sebelumnya.

Disamping itu, model GPT-4 Turbo juga menggunakan pangkalan data yang dilatih dengan data-data sehingga Disember 2023 – sekaligus memberikan informasi berkaitan pelbagai perkara yang berlaku sehingga penghujung tahun lepas.
Bagi anda yang melanggan ChatGPT Plus, boleh menikmati model GPT-4 Turbo yang telah ditawarkan bermula hari ini.