Instagram Akan Paparkan Kemaskini Instagram Notes Pada Halaman Profil
April 12, 2024
Aman
Instagram kini mengumumkan kemaskini pada perkhidmatan mereka, sekaligus akan memaparkan kemaskini terkini Instagram Notes pada halaman profil seseorang pengguna.

Kini, pihak Instagram memperluaskan lagi capaian untuk melihat kemaskini terbaru Instagram Notes. Sebelum ini, pengguna hanya boleh mengikuti perkembangan berkenaan Instagram Notes melalui halaman permesejan sahaja dan sedikit tersembunyi.
Dengan langkah terbaru ini, sekiranya anda melakukan perkongsian di Instagram Notes, maka pengguna lain boleh melihatnya apabila melayari halaman profil anda.
Kemaskini baharu ini dijangka diperkenalkan secara berperingkat kepada semua di seluruh dunia.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.