Carian
Xiaomi Membuka Laman Edagang Mi.com Untuk Pengguna Malaysia
April 14, 2024 Aman

Xiaomi Malaysia kini telah mengaktifkan laman jualan edagang Mi.com secara rasminya, sekaligus memudahkan para pengguna tempatan untuk mendapatkan pelbagai produk daripada Xiaomi. Untuk makluman, sebelum ini Xiaomi sedia menawarkan produk mereka melalui Shopee dan Lazada, dan penambahan Mi.com merupakan saluran baharu dalam mendapatkan produk-produk Xiaomi.

Selari dengan pengenalan, Xiaomi turut menyediakan sejumlah diskaun dan kupon bagi para pengguna, termasuk untuk pengguna baharu laman berkenaan.

Beberapa jualan promosi khas turut disediakan sehingga 18 April 2024 ini, selari dengan pengenalan laman jualan Mi.com ini.

Bagi anda yang berminat dengan produk Xiaomi, boleh menyemak laman Mi.com dan mendapatkan produk Xiaomi terus melaluinya.

Komen