Carian
Pengeluaran Telefon Pintar Meningkat 7.6% Pada Q1 2024 Dengan Samsung Kembali Teratas
April 15, 2024 Effi Saharudin

Tahun 2024 diramalkan menjadi tahun pengeluaran telefon pintar global akan kembali pulih selepas tiga tahun terjejas disebabkan oleh pandemik. IDC telah mengeluarkan laporan terkini pengeluaran telefon pintar untuk Q1 2024 yang menyokong ramalan ini. Secara keseluruhan pengeluaran telefon pintar meningkat 7.6% berbanding suku sama tahun lalu.

Samsung kembali ke tempat pertama dengan pegangan 20.8% dengan ia diikuti oleh Apple (17.3%), Xiaomi (14.1%), Transsion(9.9%) dan Oppo (8.7%). Transsion mencatatkan peningkatan tertinggi 84.9% diikuti oleh Xiaomi (33.8%). Samsung, Apple dan Oppo ketiga-tiganya pula mencatatkan penurunan pengeluaran.

Transsion amat agresif dalam memasarkan peranti mereka di Malaysia di bawah jenama Tecno dan Infinix. Mereka juga di belakang jenama Itel. Telefon pintar mereka di Malaysia adalah di dalam kategori mampu milik dengan spesifikasi kelas asas. Ia mungkin tidak mengagumkan dari segi spesifikasi tetapi strategi Transsion nyata berkesan.

Komen