Carian
Chatbot Meta AI Mula Diberikan Di WhatsApp, Instagram Dan Messenger
April 15, 2024 Effi Saharudin

Chatbot kecerdasan buatan Meta AI diumumkan pada September tahun lalu dengan Meta mengesahkan ia akan diberikan pada kesemua produk keluaran mereka. Meta AI kini secara rasminya mula boleh diakses dalam WhatsApp, Instagram dan Messenger di negara India serta beberapa negara Afrika.

Dengan Meta AI, pengguna boleh melakukan pertanyaan mengenai pelbagai topik yang mungkin ingin ditulis. Jawapan akan diberikan tanpa pengguna perlu keluar daripada aplikasi. Ia turut mempunyai kemampuan menjana imej yang kemudiannya boleh dikongsi di dalam perkhidmatan pemesejan yang digunakan. Ujian masih dilakukan pada skala yang kecil pada ketika ini sebelum dikembangkan kepada semua pengguna global.

Seperkara lain yang menarik mengenai Meta AI ialah avatar yang digunakan adalah terdiri daripada 28 selebriti terkemuka seperti YouTuber MrBeast dan penyanyi Snoop Dogg. Avatar akan menjadi pembantu kepada pengguna apabila diperlukan.

Meta tidak pernah berkongsi sama ada Meta AI akan diberikan secara percuma selama-lamanya ataupun akan mengambil langkah Samsung serta Google yang akan mengenakan bayaran bulanan untuk mengakses ciri AI yang lebih berkemampuan di masa hadapan.

Komen