Carian
Machines Membuka Kedai Apple Premium Partner Terbaru Di Suria KLCC
April 15, 2024 Nazrin

Machines, salah satu pengedar produk-produk Apple di Malaysia telah membuka kedai Apple Premium Partner terbaru mereka di Suria KLCC baru-baru ini. Ia merupakan lokasi kelima setelah membukanya di pusat membeli-belah Pavillion KL, 1Utama, IOI City Mall dan MidValley Megamall sebelum ini.

Terletak di lot 323 di Aras 3, Suria KLCC, kedai Apple Premium Partner Machines ini telah dibina dengan luas untuk membolehkan para pelawat di kedai tersebut untuk bergerak dengan mudah. Kedai ini juga tampil dengan ruangan khusus untuk membolehkan Machines mengadakan acara seperti workshop dan demonstrasi produk-produk Apple untuk menunjuk bagaimana para pelawat boleh menggunakan produk-produk ini secara cekap.

Dalam pada itu, kedai Apple Premium Partner juga hadir dengan Machines Warriors, iaitu staf-staf kedai yang telah dilatih sendiri oleh Apple untuk memberikan para pelawat maklumat yang diperlukan dengan tepat untuk mereka yang berminat untuk membeli produk-produk Apple, tidak kira samada mereka adalah individu ataupun wakil syarikat yang mahu membeli produk-produk Apple secara pukal.

Kedai Apple Premium Partner ini juga merumahkan Machines Service Center yang mana para pengguna boleh menghantar produk Apple mereka untuk diperbaiki oleh pakar-pakar pembaikan produk.

Komen