Carian
Huawei Menjenamakan Semula Huawei Siri-P Kepada Huawei Pura
April 15, 2024 Aman

Huawei hari ini mengumumkan penjenamaan semula siri mercu mereka, Huawei P kepada nama baharu Huawei Pura. Dengan langkah ini, kita akan melihat pengenalan Huawei P70 yang dijadualkan pada tahun 2024 ini dengan nama baharu, Huawei Pura 70.

Huawei menyatakan Huawei Pura akan meneruskan penawaran peranti pada tahap tertinggi, termasuk dari segi konsep rekaan, integrasi teknologi, fesyen, dan juga seni pada produk berkenaan.

Buat masa ini, pihak Huawei tidak menyatakan lagi berkenaan bilakah akan memperkenalkan telefon mercu terbaru mereka berkenaan. Dengan pengumuman jenama baharu ini, tidak mustahil kita melihatnya dalam masa terdekat ini.

Bagi anda sendiri, apakah pendapat anda berkenaan dengan penjenamaan semula kepada Huawei Pura ini?

Komen