Nampaknya pengurangan pekerja melibatkan industri teknologi berterusan lagi pada bulan April ini. Terbaru, Tesla dilaporkan akan mengurangkan seramai lebih 10% pekerja mereka di seluruh dunia. Pengurangan pekerja ini diumumkan secara memo dalaman syarikat Tesla.
Elon Musk melalui memo berkenaan menyatakan pengurangan pekerja ini akan menjadikan mereka lebih inovatif untuk perkembangan fasa seterusnya.
Pengurangan pekerja Tesla ini hadir selepas Tesla mengumumkan nombor yang kurang memberangsangkan dari segi pengeluaran kenderaan. Buat masa ini, pihak Tesla belum mengeluarkan sebarang komen rasmi berkenaan dengan pengurangan pekerja ini, selain daripada hanya pengumuman melalui memo dalaman syarikat sahaja.