Carian
Meta Akan Hadir Dengan Produk Pendidikan Untuk Peranti Quest
April 16, 2024 Fahim Zahar

Memang benar yang Apple Vision Pro adalah set kepala paling canggih sekarang. Tetapi untuk sokongan aplikasi dan harga lebih mampu milik, Meta Quest telah menjadi pilihan ramai orang. Ia mesra pengguna untuk produktiviti, hiburan atau juga senaman. Terbaru, Meta mengumumkan yang mereka akan hadir dengan produk pendidikan untuk peranti Quest.

Produk ini boleh membenarkan para guru, pelatih dan pentadbir institusi pendidikan menguruskan banyak set kepala serentak tanpa perlu memasang aplikasi atau mengemaskini perisian secara satu demi satu. Meta turut akan menyediakan aplikasi dan hab pendidikan khusus untuk tujuan pembelajaran. Buat masa ini butiran lanjut mengenai produk atau program pendidikan ini masih tidak jelas. Berdasarkan video yang Meta kongsi, mereka dilihat membayangkan produk ini digunakan dalam institusi pengajian tinggi dalam memberi pengalaman pembelajaran lebih interaktif dan imersif.

Komen