Jika anda seorang pengguna Threads, pesaing Twitter/X dari Meta, anda pasti tahu bahawa untuk menggunakannya, anda hanya boleh melog masuk ke aplikasi tersebut menggunakan akaun Instagram sahaja.
Terkini, akibat perkara ini, kerajaan Turkiye melalui Turkish Competition Authority (TCA) telah memberi injunksi awal keatas Meta untuk membuka pendaftaran dan log masuk kedalam platform tersebut, atau menghalang akses kepada aplikasi itu di negara tersebut.

TCA mengatakan bahawa memaksa pengguna untuk melog masuk ke Threads tanpa pilihan lain merupakan satu cara untuk Meta meningkatkan kuasa pasaran syarikat tersebut di negara tersebut, dan juga rantau Eropah secara keseluruhan, samada orang ramai sedar mengenainya ataupun tidak.
Meta dilaporkan akan merayu untuk injunksi ini digugurkan, tetapi buat masa ini nampaknya akan mengikut arahan kerajaan Turkiye untuk menutup perkhidmatan media sosial terbaru mereka di negara tersebut bermula 29 April ini.
Meta juga tidak mempunyai sebarang pelan untuk menambahkan cara mendaftar dan melog masuk kedalam Threads buat masa ini.