Carian
Nama Google Pixel Fold Baharu Mungkin Pixel 9 Pro Fold Atau Pixel 9 Pro XL
April 16, 2024 Fahim Zahar

Google nampaknya ingin lebih ramai orang membeli peranti dengan skrin boleh-lipat mereka. Terbaru, Android Authority melaporkan yang Google ingin menyelaraskan penggunaan nama peranti mercu mereka. Jadi tahun ini akan tiada Pixel Fold 2 kerana ia mungkin akan digelar sebagai Pixel 9 Pro Fold.

Ini kerana Google dilaporkan menggunakan cip yang sama untuk ketiga-tiga peranti Pixel 9, Pixel 9 Pro dan Pixel 9 Pro Fold iaitu Tensor G4. Tidak seperti tahun lepas, Pixel 8 dengan Tensor G3 tetapi Pixel Fold dengan Tensor G2. Peranti ini turut akan mempunyai ciri kamera profesional, kemampuan ciri AI diproses dari dalam peranti dan banyak lagi. Turut terdapat khabar angin nama lain bagi peranti ini adalah Pixel 9 Pro XL.

Google akan mengadakan acara Google I/O 2024 pada 14 Mei akan datang. Mana tahu mereka akan mengacah kehadiran siri Pixel 9 secara rasmi. Sama-sama kita nantikan laporan lanjut mengenai peranti ini tidak lama lagi.

Komen