Google Gemini adalah chatbot AI generatif yang berkuasa. Walaupun penggunaan bahasa Melayu Malaysia adalah terhad, untuk janaan teks dan maklumat yang diberikan adalah cukup menarik. Lebih-lebih lagi apabila Gemini mengintegrasikan banyak perkhidmatan digital Google yang lain. Kelak, jika anda menggunakan Chrome – Gemini akan lebih mudah untuk diakses.
Pada pelayar web lain seperti Microsoft Edge, Copilot perlu diakses melalui satu butang khas. Gemini pula terhad di laman web kecuali jika menggunakan telefon pintar. Tetapi pada pelayar web Google Chrome, Gemini dilihat boleh diakses terus pada bar alamat. Hanya masukkan @Gemini dan prom teks, Chat with Gemini akan terus memproses prom anda dan membuka laman web Gemini.
Jika anda menggunakan chatbot AI setiap hari dan menggunakan Chrome sebagai pelayar web utama, ciri ini boleh diaktifkan melalui Chrome://flags pada versi stabil dan juga Canary. Jika flags sudah muncul pada versi stabil biasanya ciri ini akan tiba ke tangan ramai orang dalam masa terdekat. Untuk mencuba cari Expansion pack for the Site search starter pack, aktifkan dan mulakan semula Chrome. Sama-sama kita nantikan.