Carian
Blackmagic Design Akan Hadir Dengan Aplikasi Kamera Profesional Untuk Android
April 17, 2024 Fahim Zahar

Tahun lepas Blackmagic Design telah melancarkan Blackmagic Camera untuk iPhone. Ia adalah aplikasi kamera profesional dengan sokongan rakaman video 4K ProRes yang boleh diselarikan dengan Blackmagic Cloud untuk mudah fail media dipindahkan terus ke DaVinci Resolve. Akan datang, aplikasi untuk Android pula akan diperkenalkan.

Blackmagic tidak mendedahkan sebarang informasi bila aplikasi kamera untuk Android ini akan dilancarkan selain memberitahu ia akan tiba di suatu masa akan datang. Pada versi iPhone mereka mendakwa kualiti rakaman menggunakan aplikasi adalah seakan menggunakan kamera Blackmagic yang sebenar. Ia turut boleh mengubah mod rakaman kepada kadar bingkai berbeza, sokongan pemantauan tahap audio, kawalan lensa, keseimbangan putih, nisbah paparan, kawalan fokus dan banyak lagi.

Blackmagic Camera dibangunkan untuk memudahkan pengguna merakan video YouTube atau TikTok pada kualiti warna dan pemprosesan seakan pembikinan filem Hollywood. Paling menarik, seperti aplikasi iPhone untuk Android juga akan ditawarkan secara percuma.

Komen