Kickstarter adalah antara platform biayasama yang cukup popular. Banyak juga produk dan jenama yang telah berjaya masih bergantung kepada platform ini kerana ia boleh membiayai pembangunan pelbagai produk tanpa menggunakan wang pelabur, sebaliknya terus menerima wang dari pengguna.
Terbaru, Kickstarter telah memperkenalkan ciri Late Pledges yang membolehkan orang ramai yang tidak sempat membiayai produk semasa kempen biayasama kini boleh terus menempah produk yang diingini. Dengan kata lain. Late Pledges adalah seakan ruang melakukan pra-tempah dengan lebih mudah. Sebelum ini, jika biayasama telah tamat pengguna perlu pergi ke laman web pengeluar produk kerana tempatan dan pembayaran pada Kickstarter telah ditutup.
Degan Late Pledges juga, Kickstarter boleh terus berkembang maju kerana setiap transaksi mereka mengenakan caj sekitar 5%. Pengeluar boleh terus mendapatkan jumlah pengguna yang ingin pra-tempah produk dan Kickstarter pula menjana keuntungan. Buat masa ini, Late Pledges terhad kepada pengeluar terpilih sahaja.