Carian
Acer Swift Go 14 Baharu Kini Di Malaysia Pada Harga Bermula RM3,899
April 18, 2024 Amy Maizuraa

Acer secara rasminya mengumumkan ketersediaan barisan Swift Go 14 (AI PC) baharu di Malaysia. Ia juga dilengkapi perkakasan dalaman terkini yang termasuk siri cip Intel Core Ultra dan GPU Intel Arc Graphics. Bagi yang berminat, senarai harga jualan penuh adalah seperti berikut:

  • Acer Swift Go 14 (2024) 2.8K OLED, Core Ultra 5 125H – RM3,899
  • Acer Swfit Go 14 (2024) 2.8K OLED, Core Ultra 7 155H – RM4,699
  • Acer Swfit Go 14 (2024) WUXGA IPS, Core Ultra 5 125H – RM3,999
  • Acer Swfit Go 14 (2024) WUXGA IPS, Core Ultra 7 155H – RM4,899
  • Acer Swfit Go 14 (2024) WUXGA IPS, Core Ultra 9 185H – RM5,199

Bagaimanapun terdapat harga promosi lebih rendah ditawarkan untuk mana-mana pratempah yang dibuat sehingga 28 April 2024. Di mana kesemua komputer riba berkenaan boleh dibeli dengan diskaun RM200 lebih murah yang menjadikan harga permulaannya serendah RM3,699 sebuah. Diikuti juga hadiah lain iaitu Acer Porsche design wireless Mouse (bernilai RM399) yang diberikan percuma.

Acer Swift Go 14 baharu ini direka dengan tubuh yang ringan dan nipis sesuai bagi tujuan produktiviti mudah alih. Ia menawarkan pilihan paparan 2.8K OLED (tanpa skrin sesentuh) atau WUXGA IPS (skrin sesentuh) sebesar 14-inci dengan kemampuan engsel boleh dibuka sehingga 180 darjah.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan pilihan CPU sehingga Core Ultra 9 185H, memori sehingga 32GB RAM dan storan 1TB PCIe Gen 4 SSD untuk tunjang utama. Pilihan I/O pula terdiri dengan 2 x Thunderbolt 4, 2 x port USB-A, 2 x port USB-C, HDMI 2.1 dan pembaca kad mikroSD.

Komen