Carian
OnePlus 13 Mungkin Mengekalkan Kamera OnePlus 12 Tetapi Dengan Snapdragon 8 Gen 4
April 18, 2024 Fahim Zahar

OnePlus 11 adalah sebuah peranti mercu dengan nilai terbaik. OnePlus 12 yang masih berada di makmal Amanz untuk diuji juga berpotensi menjadi peranti mercu yang bagus, tetapi OnePlus 13 mungkin akan menjadi peranti yang akan dimarahi oleh peminat setia. Ini kerana terdapat ura-ura menyatakan OnePlus 13 akan kekal menggunakan konfigurasi kamera OnePlus 12.

Perbezaan utama adalah pada cip pemprosesan yang dikhabarkan akan menggunakan Snapdragon 8 Gen 4, rekaan peranti serba baharu dan skrin seakan Xiaomi 14 Ultra iaitu melengkung di keempat-empat bucu. Bateri dan pengecasan dikatakan sama iaitu 5400mAh dan SuperVOOC 100W. Jika benar ini adalah spesifikasi OnePlus 13, adakah anda akan membelinya? Sama-sama terus ikuti Amanz untuk maklumat lanjut OnePlus 13 dan juga ulasan OnePlus 12.

Komen