Carian
Akibat Pepijat Perisian, Kasino Sydney Kerugian Hampir RM10 Juta
April 18, 2024 Effi Saharudin

Pepijat pada perisian boleh menyebabkan aplikasi tidak berjalan dalam lancar. Tetapi di Sydney, Australia pepijat pada perisian mesin mengeluarkan wang kepada pemenang menyebabkan kerugian Star Casino kerugian AUD $3.2 (~RM 9.8 juta).

Di Star Casino, pemenang boleh menukar tiket kemenangan mesin slot kepada wang tunai menggunakan mesin TICO. Mesin ini boleh membaca kod palang dua tiket kemenangan serentak sebelum mengeluarkan wang yang dimenangi. Tetapi pepijat menyebabkan satu tiket dikembalikan semula dengan ia tidak dimasukkan ke dalam sistem sebagai sudah ditebus.

Akibatnya ia boleh digunakan berkali-kali untuk mengeluarkan wang tanpa halangan oleh 43 individu. Pepijat ini dipercayai sudah berlaku lebih sebulan tetapi tidak disedari oleh pihak kasino.

Komen