Cari @ Amanz

Saintis Menghasilkan Goldene Yang Hanya Setebal Satu Atom Emas

Link Copied!

Emas ialah antara logam yang nilainya cukup berharga kepada manusia sejak ribuan tahun. Ia digunakan oleh tamadun Mesir sebagai perhiasan pada keranda firaun dan disadur pada objek suci oleh tamadun Aztek. Selepas dibentuk, disadur dan ditempa, kini Goldene pula dihasilkan oleh saintis dari Linköping University Sweden dengan ketebalan hanya satu atom.

Goldene adalah sama seperti grafena yang juga mempunyai ketebalan yang sama cuma berasaskan emas. Kerana ia nipis, goldene mempunyai kemampuan seakan superkonduktor mengalirkan elektrik serta haba lebih baik berbanding emas biasa. Hasilnya penggunaan emas pada komponen elektrik dapat dikurangkan jika ia digantikan dengan goldene.

Disamping itu ia juga boleh digunakan sebagai penapis, menghasilkan bahan kimia dan juga bahan pemangkin. Seterusnya penyelidik dari Linköping University akan cuba menghasilkan bahan baharu setebal satu atom menggunakan logam lain pula. Kertas kajian menghasilkan goldene telah diterbitkan dalam jurnal Nature Synthesis.


Komen ()