Carian
Hotlink Perkenal Pas Penstriman Sooka, Viu Atau iQiyi Pada Harga RM9.90 Sebulan
April 18, 2024 Aman

Hotlink, salah satu jenama perkhidmatan telekomunikasi dibawah Maxis, hari ini mengumumkan pengenalan pas khas memfokuskan penstriman video, dinamakan Super Streamer Pass. Pas baharu ini memfokuskan kepada tiga perkhidmatan penstriman, iaitu Sooka, Viu atau iQiyi – dimana setiap satu ditawarkan pada harga RM9.90 sebulan.

Dengan langkah ini, pengguna bukan sahaja akan dapat menikmati langganan bulanan perkhidmatan penstriman berkenaan pada harga lebih murah – tetapi turut diberikan data untuk membolehkan ia distrim.

Hotlink menyatakan Super Streamer Pass ini tersedia untuk pelanggan Prabayar Hotlink dengan langganan pas internet RM25 dan ke atas, selain semua pelanggan pascabayar Hotlink.

Komen