Google Membuang 28 Pekerja Yang Protes Dan Menentang Kontrak Israel
Aman
Google kini dilaporkan telah membuang seramai 28 orang pekerja yang terlibat dengan protes atau tentangan terhadap kontrak melibatkan Israel sebelum ini.
Sebelum ini, Google telah terlibat dengan kontrak Projek Nimbus, iaitu sebuah kontrak perkhidmatan awan melibatkan kerajaan Israel, bernilai $1.2 bilion. Google mengatakan mereka membuang pekerja ini atas dasar toleransi sifar syarikat berkenaan terhadap kelakuan penunjuk perasaan oleh pekerja terbabit.

Menyentuh mengenainya, “No Tech for Apartheid” mengkritik perkara ini – menyatakan Google tidak pernah bertemu dengan pihak mereka untuk mendengar atau berbincang berkenaan perkara yang dibawa. Pada masa yang sama, pekerja Google juga ditekankan mempunyai hak untuk memprotes secara aman atas tujuan kerja dan hasil karya mereka digunakan.
No Tech for Apartheid turut menekankan protes diadakan secara aman, dan tidak merosakkan sebarang perkara seperti diperkatakan pihak Google. Ia juga dikritik yang mana teknologi mereka digunakan untuk membolehkan ratusan ribu orang dibunuh, hilang atau cedera disebabkan oleh Israel.