Carian
Vivo V30e 5G Diacah Secara Rasmi – Turut Melepasi SIRIM Di Malaysia
April 19, 2024 Amy Maizuraa

Kehadiran Vivo V30e 5G akhirnya diacah secara rasmi menerusi imej promosi dan laman pengiklanan rasmi di India. Ia menunjukkan peranti boleh disediakan dalam dua warna iaitu Velvet Red dan Silk Blue. Seterusnya terdapat perbezaan yang jelas untuk konsep rekaan dengan bonggol kamera bulat digunakan untuk kali ini.

Melaluinya dwi-kamera utama disediakan dengan salah satunya yang menyokong sensor Sony IMX882. Diikuti juga sokongan Aura Light menerusi lampu terbina berbentuk bulat di belakang peranti. Selain turut menyertakan menyertakan kamera swafoto 50MP dengan sokongan autofokus dan bateri 5500mAh sebagai pelengkap.

Semakan kami mendapati peranti juga telah melepasi pengesahan SIRIM sejak 4 April lalu yang bermakna pelancaran di pasarann Malaysia semakin hampir. Namun masih tidak dapat dipastikan mengenai tarikh pelancaran memandangkan Vivo Malaysia sendiri masih belum berkongsi sebarang kemaskini secara terbuka.

Komen