Carian
DJI Kini Menjual Pek Bateri Mudah Alih
April 19, 2024 Effi Saharudin

Pek bateri mudah alih saya gunakan ketika berkhelah dengan saudara mara tahun lalu. Kerana kita kini hidup memerlukan telefon pintar sepanjang masa, powerbank kecil sudah tidak lagi memadai. Dengan pek bateri mudah alih bukan sahaja telefon tetapi pelbagai kelengkapan elektrik lain boleh digunakan. DJI yang terkenal sebagai pengeluar dron,kamera dan mikrofon kini memasuki arena pek bateri menerusi siri DJI Power.

Dua model DJI Power dilancarkan iaitu DJI Power 1000 dan DJI Power 500. DJI Power 1000 dengan kapasiti 1024Wh manakala DJI Power 500 pula dengan kapasiti 512Wh. Kerana ia dikeluarkan oleh DJI, DJI Power direka khusus untuk mengecas kelengkapan dron dan kamera ketika melakukan tugas di lapangan.

Menerusi teknologi pengecasan pantas, DJI Power 1000 boleh mengecas bateri Mavic 3 dalam masa hanya 30 minit. Lebih menarik ialah untuk mengecas pak bateri ini semula masa yang diambil ialah 70 minit sahaja. Pada ketika ini DJI Power 1000 dijual pada harga $699 (~RM3342) tetapi harga DJI Power 500 belum diumumkan.

Komen