Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), kini memperkenalkan Program Perintis Kecerdasan Buatan (AI) Sandbox, dalam usaha untuk mengalakkan penubuhan sehingga 900 syarikat startup memfokuskan AI di Malaysia.

Angka ini dijangka akan dicapai menjelang tahun 2026 kelak, dan pada masa yang sama memupuk pembangunan lebih 13,000 bakat dalam bidang kecerdasan buatan. Secara tidak langsung, ia juga dijangka berpotensi dalam merangsang sehingga 10% pertumbuhan ekonomi serta mencipta peluang pekerjaan baharu.
Langkah ini juga selari dengan matlamat negara sebelum ini, dalam menyasarkan sehingga 100 syarikat yang menjana pendapatan RM1 bilion menjelang 2030 kelak.
Program yang diperkenalkan ini turut menerima sokongan NVIDIA yang akan menyumbang kepada latihan dan pembinaan kapasiti AI di Malaysia.