Marshall Major V telah dilancarkan dengan tempoh penggunaan yang lebih lama. Melaluinya ia boleh berfungsi lebih 100 jam berbanding 80 jam pada model terdahulu. Sekaligus dapat menjadi penyelesaian menarik untuk masalah perlu mengecas fon kepala dengan kerap.

Major V juga dikatakan mampu menghasilkan bunyi yang terperinci, jelas dan realistik melalui pemandu audio dinamik tersuai berkualiti tinggi. Seterusnya terdapat juga M-Button terbina yang boleh diubahsuai untuk pelbagai ciri kegemaran dengan serta merta. Misalnya boleh digunakan untuk membuka aplikasi Spotify, melaras tetapan EQ dan mengaktifkan pembantu maya.

Fon kepala ini boleh berfungsi secara nirwayar sekiranya perlu, yang juga menyokong Bluetooth LE. Dikuti juga reka bentuk bergaya, tahan lasak dan boleh dilipat yang membuatkannya mudah dibawa ke mana-mana – sama ada tujuan kerja atau hiburan. Major V dijual pada USD 149 (~RM712) seunit dengan ketersediaan untuk dibeli di pasaran terpilih bermula 23 April akan datang.