Carian
Apple Labur RM1.2 Bilion Di Singapura Untuk Terus Menjadikannya Hab Rantau
April 19, 2024 Effi Saharudin

Apple sudah bertapak di Singapura sejak 1981 dengan tumpuan pada waktu tersebut ialah komputer Apple II. Selepas lebih 40 tahun di Singapura, Apple mengumumkan pelaburan bernilai $ 250 juta (~RM 1.2 Bilion) untuk membesarkan kampus mereka yang terletak di Ang Mo Kio.

Imej pengolokan kampus baharu Apple Singapura

Penaiktarafan kampus Ang Mo Kio ini akan dilakukan pada penghujung tahun ini sebagai untuk mengukuhkan status Singapura sebagai hab operasi mereka di rantau Asia Tenggara. Pada ketika ini Apple mempunyai hampir 4000 kakitangan di Singapura berbanding hanya 72 kakitangan sahaja ketika memulakan operasi.

Apabila siap kelak, kampus yang dipertingkatkan ini menyasarkan untuk melepasi piawaian mesra alam LEED Gold kerana ia menggunakan sepenuhnya sumber kuasa lestari. Pada ketika ini CEO Apple Tim Cook sedang melakukan lawatan ke beberapa negara Asia Tenggara. Sebelum tiba di Singapura beliau melawat Vietnam dan Indonesia. Semasa bertemu dengan Presiden Widodo, Apple menunjukkan minat untuk mengembangkan fasiliti pengilangan mereka di Indonesia.

Komen