Carian
Razer Kishi Ultra Dengan Sistem Haptik Serta Sokongan Tablet Dilancarkan
April 19, 2024 Effi Saharudin

Razer melancarkan alat kawalan terkini mereka yang kini bukan sahaja menyokong telefon pintar tetapi juga tablet serta PC. Razer Kishi Ultra hadir dengan sistem haptik terbina yang membolehkan kesemua aksi pada skrin dirasakan pada tangan pemain.

Razer Kishi Ultra

Penambaikan paling ketara pada Kishi Ultra ialah ia boleh menyokong tablet yang mempunyai skrin sehingga 8″. Ini membolehkan ia turut digunakan oleh iPad Mini. Sambungan kepada peranti adalah menerusi port USB-C. Ini bermakna ia juga boleh digunakan oleh siri iPhone 15. Selain itu terdapat juga sistem lampu RGB Razer Chroma terbina pada bahagian atas yang boleh diperibadikan oleh pengguna menerusi aplikasi Razer Nexus.

Tanpa peranti pintar sekalipun, Kishi Ultra masih boleh digunakan sebagai alat kawalan biasa menerusi sambungan USB ke sebuah PC. Sistem haptik Razer Sensa digunakan tetapi menyokong peranti dengan se kurangnya-kurangnya sistem operasi Android 12 dan Windows 11 sahaja.

Razer Kishi V2 USB-C

Selain itu Razer Kishi V2 USB-C juga diumumkan dengan ia kini menyokong peranti Android dan iOS. Perbezaan antara model ini dengan Kishi Ultra hanyalah tiada sokongan Razer Sensa dan Razer Chroma.

Harga jualan Razer Kishi Ultra ialah RM729 manakala Razer Kishi V2 USB-C pula ialah RM499.

Komen